Selasa, 14 Mac 2017

10 Bukti Skandal Forex Terbongkar!

    10:17:00 PG   No comments

Hari ni wak nak kongsi sedikit info atau bukti mengenai skandal Forex yang melibatkan Dr Mahathir sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri bersama beberapa orang lagi kuncu-kuncunya.

Pemimpin utama DAP, Lim Kit Siang pada ketika itu pernah menyebut di parlimen bahawa jumlah kesemua kerugian dari skandal Forex bernilai hampir RM30 bilion.

Lim Kit Siang mendakwa nilai kerugian tersebut adalah satu jumlah yang amat menggerunkan.

Bagaimanapun, pendirian pemimpin DAP itu berhubung isu skandal Forex hari ini berubah 360 darjah sejak mereka berdua menjalinkan hubungan intim dan berpadu tenaga untuk menggulingkan Najib Razak sekaligus menumbangkan BN pada pilihan raya akan datang.

Wak harap, dengan bukti-bukti di bawah dapat membuka mata dan minda kita semua untuk menilai dan mengenali siapa sebenarnya individu bernama Mahathir. Cukup lah 22 tahun kita ditipunya.

anwar-mahathir-daim-forex

1 Sebelum 1992-93 lagi, BNM dikatakan telah menjana keuntungan yang agak lumayan dari kegiatan pertukaran wang asing, sekali gus mendorongnya bermain di dalam pasaran kegiatan itu dalam skala semakin besar.

2 Para pedagang matawang asing biasanya berjual beli dalam lot USD1 juta, USD5 juta dan paling tinggi USD10 juta. Tetapi BNM berniaga dalam lot USD50 juta dan kadang-kadang dalam lot USD1 bilion (dalam istilah pasaran, ini dipanggil satu ela) dalam sehari.

3 Ertinya, BNM memang berjudi di dalam pasaran - satu aktiviti yang tiada kena-mengena langsung dengan fungsi 'mempertahankan nilai ringgit dan mengawal inflasi'.

4 Pada 1992, BNM berjudi di dalam pound British (GBP). Ia membeli dengan jangkaan GPB akan naik nilai. Pada masa sama, George Soros membuat “short selling” ke atas GBP (jual dulu dan beli kemudian) kerana dia menjangka nilai GBP akan jatuh di masa hadapan. Jangkaan Soros tepat. Nilai GBP jatuh. BNM rugi USD5.5 bilion dan Soros untung USD1.7 bilion.

5 Gabenor Bank Negara ketika itu didakwa berbohong dengan mengumumkan bahawa BNM hanya rugi di atas kertas sebanyak RM9.3 bilion. Hanya kemudian (pada 1993) beliau mengakui BNM rugi RM10.1 bilion.

6 Pakar-pakar membuat anggaran bahawa kerugian sebesar itu hanya boleh terjadi kalau BNM berspekulasi dalam pasaran sebanyak US27-33 bilion. Jumlah ini 5 kali ganda jumlah rizab BNM pada masa itu dan lebih besar dari nilai asset BNM, iaitu, USD20.7 bilion ketika itu, bermakna BNM sudah bankrap.

7 Perjudian BNM di dalam pasaran pertukaran wang asing ini telah dikesan oleh bank pusat Amerika (Federal Reserve Bank) dan gabenornya pada masa itu, Alan Greenspan telah menggesa BNM menghentikan segera perbuatan itu. Tetapi, BNM buat 'tak tahu'. Ia terus bermain judi dan akhirnya rugi besar lagi pada 1993.

8 Sukar diketahui dengan tepat kerugian akibat skandal ini. Pemimpin DAP, Lim Kit Siang pernah menyebut di parlimen bahawa jumlah kesemua kerugian ialah RM30 bilion, satu jumlah yang amat menggerunkan.

9 BNM mengakui kerugian sebanyak RM10.1 bilion dalam tahun 1992 dan RM5.7 bilion dalam tahun 1993. Jumlahnya RM15.8 bilion, kira-kira setengah dari anggaran pakar. Jumlah yang diakui oleh BNM itu memang secara muslihat direndahkan.

10 Empat orang harus dipertanggungjawabkan sepenuhnya di atas kerugian gergasi yang ditanggung BNM akibat skandal ini. Mereka ialah Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad; Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin; Gabenor BNM, Tan Sri Jaffar Hussein dan Nor Mohamed Yakcop.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.