Advertise Here

Hiburan

Sabtu, 16 September 2017

Parti Bunga Hanya Tinggal Madey, Midin & Mukhriz

    10:48:00 PTG   2 comments
hamidah-osman-ppbm

Berita keluarnya seorang lagi pengasas parti PPBM iaitu Datuk Hamidah Osman hari ini membuktikan bahawa parti milik Mahathir itu kini sedang berhadapan krisis kepercayaan yang tenat.

PPBM kini boleh dibarat sebagai sebuah kapal yang sedang bocor di sana sini dan hanya menanti masa untuk tenggelam di tengah lautan.

Tindakan Hamidah selaku naib presiden PPBM keluar parti menunjukkan bahawa parti itu semakin tidak relevan dan ditolak pengundi.

Walaupun Hamidah tidak secara jelas menyatakan sebab perletakkan jawatanya, tapi penulis yakin beliau berbuat demikian kerana tidak mahu tunduk dengan desakkan DAP selaku 'Big Brother' dalam Pakatan Harapan.

Apa yang sedang berlaku dalam PPBM hari ini menunjukkan ketidakmampuan serta kelemahan kepimpinan Mahathir dan Muhyiddin dalam menangani krisis kepercayaan yang berlaku dalam parti itu.

Penulis harap apa yang berlaku ini dapat menjadi pengajaran kepada semua ahli PPBM.  Segera lah lompat parti. Buat apa tunggu lama-lama. Penulis juga yakin, pintu UMNO sentiasa terbuka untuk menerima bekas ahlinya yang ingin kembali ke perjuangan asal.

Pelajar Universiti Lim Kok Wing Ugut Bakar PM Hidup-Hidup?

    3:48:00 PTG   1 comment
wanita-ugut-najib

Kerana marahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib berhubung isu sekolah Tahfiz yang terbakar baru-baru ini, seorang pemilik akaun Facebook telah mengeluarkan satu komen jelik dengan mengugut untuk membakar PM Najib hidup-hidup.

Menurut rakan penulis, wanita yang tinggal di Shah Alam itu membuat komen berbentuk ugutan tersebut semata-mata untuk mendapat perhatian dan ingin menjadi terkenal di laman sosial.

Bagi penulis, tindakan pelajar jurusan pengursan perniagaan dari Universiti Lim Kok Wing membuat ugutan sehingga mahu mengancam nyawa adalah tidak patut walau ia dilakukan dengan niat hendak bergurau.

Penulis mohon pihak Polis (PDRM) dapat mengambil tindakan segera terhadap wanita berkenaan agar perkara seperti ini tidak menjadi trend pengguna laman sosial.
Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.