Rabu, 28 Julai 2010

7 Tahun..Suka Duka Anak Perantauan

    12:18:00 PG   7 comments

Tanggal 27 Julai 2010 genap tujuh tahun wak merantau di negeri orang iaitu di Selangor. Merupakan bBumi bertuah dan lubuk segala punca rezeki kerana banyak terdapat kawasan perindustrian di sini. Asal usul Wak dari Johor dan baru sahaja tama kursus sijil kemahiran di Institut Latihan Perindustrian Pasir Gudang, Johor.

Tamat sahaja kursus wak telah ditawarkan untuk menjalankan praktikal kerja di Rawang, Selangor. Ketika itu usia wak baru mencecah 20an. Tak fikir panjang wak terus terima tawaran praktikal tu.

Itulah detik-detik permulaan wak belajar berdikari dan keluar dari bawah ketiak emak. Wak adalah anak lelaki tunggal dalam kelurga, selebihnya perempuan.

Pejam celik, pejam celik, cepat betul masa berlalu, masa entri ni ditulis wak dah berumur 27 tahun belum tua lagi hehehe. Ingat lagi masa mula-mula wak menjejakan kaki di Selangor, Naik bas sambung-sambung dari Johor sampai ke Seremban.

Tiba saja di Seremban wak menaiki komuter terus menuju ke destinasi yang tertulis di atas surat tawaran iaitu Rawang. Keadaan masa tu dah nak masuk lewat petang dengan ramai orang berasak-asak dalam gerabak komuter yang padat macam tin sardin mampat.. Fuh!! memang penat betul rasanya dari Seremban ke Rawang, disepanjang jalan kena berdiri, naik kematu kaki wak ditambah pula dengan bau aroma 1 Malaysia ++ nasib tak terkeluar muntah hijau. Kalau tak memang haru dalam komuter tu..Maklum lah kali pertama, baru rasa nikmatnya.


Bagaikan orang asing itu lah yang wak dapat gambarkan bila kaki berpijak di bumi Rawang, tiada sedara mara, tiada kawan-kawan dan tiada hala tuju tempat mana nak pergi dan berteduh memandangkan hari dah malam. Memang gawat betul.. pasang tekad dalam hati apa nak jadi lantak lah.

Orang tua-tua ada berpesan kalau malu bertanya nanti sesat jalan. Arah tempat nak dituju dah tahu cuma yang sangkut masa tu dengan apa nak ke sana. Duit plak tu tak banyak cukup-cukup je. Bila pikirkan besoknya dah mula prakrtikal terpaksa juga wak menapak dekat satu kilometer, takda la jauh sangat.

Tadi dah berdiri sepanjang jalan lepas tu kana menapak pulak..memang mencabar betul. Akhirnya sampai juga tempat yang wak cari, sebuah kawasan yag lebih kurang macam kampung. Kalau tak silap wak nama tempat tu Kg Seri Kenanga.

Cabaran hidup yang datang tak pernah berkahir.Satu lagi cabaran yang wak kena tempuhi malam tu, nak tidur dekat mana..Kaki lima, hentian bas, taman permainan..Orang tua nak pesan lagi ni, kalau kita orang baru di suatu tempat tu, cari lah masjid, segala masalah akan selesai bila kita di masjid.

Tapi kalau masalah yang berat-berat tu kena guna cara lain kalau tak boleh selesai di masjid. Wak bercadang memang nak bermalam di masjid sementara tunggu hari siang. Nasib wak baik malam tu sebab masih ada penjaga masjid yang kebetulan hendak pulang ke rumah setelah selesai mengunci pintu masjid.

Dengan kadar segera wak bertanya macam mana nak dapatkan rumah atau bilik sewa yang berdekatan dengan tempat wak nak praktikal besok..Lega rasanya bila semua hal dah selesai walau pun duit pendahuluan sewa rumah belum lagi dibayar, asal dapat hilangkan penat yang dah tak boleh nak handle..terima kasih tuan rumah..hehehe.

Selama tiga bulan berada di Rawang Selangor banyak banda yang dapat wak pelajari, iaitu bagaimana nak hidup berdikari tanpa mengharap orang dan selain dari praktikal wajib wak kena buat.

Sebenarya hidup ini tak lah serumit mana kalau kita pandai menjaga diri bila berada ditempat orang. Berbudi bahasa dan menjaga tingkah laku amat penting supaya orang lain dapat menerima kehadiran kita dengan senang hati.Macam-macam hal berlaku dalam tempoh wak praktikal di Rawang, ada yang manis dan ada yang pahit sampai sekarang tak boleh nak lupa.

Bab yang manis wak tak mahu share biar ia kekal jadi rahsia. Tapi yang pahit wak nak bagi tahu. Memang hati terasa panas bila ingat kembali peristiwa yang tak berapa nak syok. Wak pendekan cerita, lepas tamat praktikal tiga bulan, wak dapat sambung kerja di kilang tersebut. Bulan pertama kerja memang seronok, masa tu member-member tengah ramai, lama kelamaan satu persatu cabut atas sebab nak sambung belajar dan sebab lain.

Tiba-tiba je kilang wak kerja tu dah tukar pengurusan. Mula lah satu episod dramatik apabila seorang-seorang dibuang kerja. Wak masa tu tengah tunggu giliran je bila nk kena tendang, orang baru macam wak ni senang je nak kena tendang keluar apa boleh buat.

Yang wak tak boleh nak terima tu cara majikan buang pekerja, sangat busuk dari tahi, dengan mencipta kesalahan yang kita tak buat untuk jadikan alasan kenapa kita perlu dibuang kerja. Dunia yang penuh komplot..apa-apa pun semua tu dah berlalu, wak jadikan ia pangajaran dalam hidup..


Akhirnya wak pulang ke Johor untuk beberapa hari..huhuu..suspen nih..Setelah berapa malam di rumah orang tua, wak terima panggilan yang mengembirakan. bermula dari situlah hidup wak berubah sepenuhnya sampai sekarang.

Siapa tak gembira bila dapat tawaran kerja, lagi-lagilah bidang kerja tu memang kita minat. Wak dapat tawaran ni bukan dari calang-calang orang, dia merupakan seorang designer berasal dari Jepun.

Orangnya sangat tegas dan teliti dalam kerja takda konar sana konar sini. Wak kenal dia masa praktikal, selain sebagai designer, pengurus kilang pun dia juga. Sayang dia berhenti awal dari wak mungkin sebab tak tahan dengan komplot yang macam wak cerita tu. Akhirnya dia berhijrah ke Bandar Baru Bangi. Tempat wak kerja sekarang .

Tempat baru, kerja baru dan cabaran baru..Kali ni suasana persekitaran jauh lebih berbeza. Dahulu di Rawang ramai rakan wak dari kalangan sebangsa. Di tempat wak kerja sekarang ni semuanya berbangsa Cina dan terdapa bebrapa pekerja asing dari Vietnam, maklum la bos wak ada dua kerakyatan Vietnam dan Jepun.

Seronok kerja di tempat baru, pekerjanya yang mesra walaupun berlainan bangsa, masing-masing rajin bekerja sabab apa yang ada dalam fikiran mereka semua adalah wang..wang dan wang. Berbeza dengan budaya kerja anak muda yang berbangsa Melayu sekarang ni. Bekerja setakat sampai pukul lima lepas tu duduk melepak di mana-mana saja, tak mahu buat kerja lebih masa.

Apa boleh buat diri sendiri yang tentukan nasib masing-masing. Dalam tempoh zaman bujang, wak tinggal dengan mereka dalam satu rumah teres yang disewa oleh majikan, wak masa tu tiada pilihan, kalau nak sewa dan duduk bersendrian memang tak mampu, jadi duduk je lah diam-diam asal boleh jimat duit.

Sepanjang tinggal dengan mereka, macam-macam hal yang wak ketahui tentang perangai rakan-rakan wak yang berlainan bangsa. Mana perangai yang tak elok tu wak tak ikut. Wak ni jenis yang tak mudah terpengaruh, kalau ikutkan hati masa tu memang rosak dah sekarang ni.

Bila dah lama bekerja dengan rakan-rakan berbangsa cina, wak pun dah mula terikut-ikut dengan budaya mereka bekerja, tak dinafikan orang cina memang sangat rajin dalam kerja yang merka lakukan.

Wak tanam azam dalam diri, kalau dia orang boleh kerja rajin macam tu, aku mesti kerja lagi rajin dari dia orang. Zaman remaja wak tak berapa nak best sebab kebanyakan masa di habiskan di tempat kerja. Dari pagi sampai ke malam memang kerja, tak ada benda lain yang wak buat selain daripada makan dan tidur.

Tiba hari minggu kalau tak buat kerja lebih masa, wak tidur je sepanjang hari dan bangun bila perut terasa lapar. Itu lah rutin harian wak sepanjang memlalui zaman bujang. Mesti ramai yang tak percaya kalau wak beritahu selama tujuh tahun menetap di sini, wak tak ada kawan rapat atau kawan lepak-lepak yang berbangsa melayu. Tak tahu kenapa, yang pastinya wak bukan anti sosial.


Dah bosan hidup membujang bertahun-tahun di tempat orang dan tak ramai kawan di sini.Wak ambil keputusan untuk menamatkan zaman bujang, memandangkan simpanan pun tengah banyak masa tu, apa lagi..Masa untuk KAWIN..hehehehe.

Wak mendirikan rumah tangga ketika tu usia baru 25 tahun, muda lagikan bagi orang lelaki yang seusia dengan wak masa tu. Jodoh dah sampai, tak boleh nak tepis-tepis lagi, jalan terus je. Kisah cinta wak tak mahu cerita dalam entri ni. Biar wak sorang je yang tahu. hehehe..

Orang lelaki dalam hidup dia mesti ada tiga target ni dalam hidup dia selain dari kerjaya.. Peratama sekali kena ada kereta sendiri, takan asik bawak awek naik motor atau bas setiap kali keluar date. Sendiri mahu ingat la..

Keduanya, kena ada rumah dan last sekali baru la kahwin. Taget wak yang pertama dah tercapai, lepas tu target ketiga menyusul awal dari yang kedua.

Selepas kahwin itulah permulaan sebenar bagi mereka-meraka yang baru belajar nak hidup. Segala cabaran dan dugaan tak putus-putus datang melanda, silap sikit pertimbangan yang dibuat, terima-lah akibatnya.

Untuk mengelak semua itu dari berlaku, kita kena pandai mengurus dan mengatur perjalanan hidup berkeluarga. Dia awal perkahwian wak duduk menyewa bersama isteri di rumah flat sementara menunggu permohonan beli rumah diluluskan. Lepak bila dah kawen duduk rumah flat, dengan tak ada lif, kena naik tangga sampai tingkat lima...nasib wak tak lama tinggal di rumah flat tu..Lega.


Akhirnya..impian ketiga wak tercapai untuk memiliki rumah sendiri..Seronok apabila semua impian telah tercapai dalam usia 25 tahun sahaja. Bukan senang nak capai semua impian dalam usia yang sebegitu.

Banyak benda yang perlu dikorbankan terutama sekali dari segi masa. Wak tak lalui zaman remaja seperti mana rakan-rakan yang lain di kampung. Semua tu dah berlalu, segala pengorbanan wak yang lepas tu dirasakan berbaloi dengan adanya apa yang wak miliki sekarang. Tinggal nak kekal apa yang awak ada sekrang supaya ia tak sia-sia begitu sahaja.

Perlu bekerja lebih keras daripada dulu sebab ada dua mulut yang perlu disuap serta hutang-hutang bank yang mesti dibayar tiap-tiap bulan. Sekarang wak dah bertapak di Kajang Selangor cuma sekarang tak tahu sampai bila wak akan terus berada di sini.

Mungkin lima atau sepuluh tahun lagi wak akan kembali ke kampung halaman untuk berbakti kepada ibu bapa sementara dia orang masih hidup. Sudah tiba masanya kita sebagi anak untuk membalas jasa dan budi mereka kembali.




Di saat celotih ini ditulis wak sudah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang berusia satu tahun lebih hasil perkahwinan yang dah nak masuk usia tiga tahun tak lama lagi. Wak rasa sangat bersyukur pada Allah atas segala rezeki yang dikuniakan.

Diharap pada masa akan datang hidup wak akan lebih sempruna dan bahagia bersama kluarga yang tersayang dan berharap juga ekonomi Malaysia akan terus stabil serta rakyatnya hidup aman dan damai bersama.

Sampai di sini dulu kisah tujuh tahun wak berada di perantauan, jari jemari wak pun dah tak larat menaip. Kalau nak diikutkan banyak cerita lagi yang wak nak kongsikan bersama anda yang mengjenguk blog wak ni.

Harapan wak kepada mereka yang baru cuba-cuba belajar hidup berdikari di luar sana tu, jaga lah nama baik keluarga apabila berada di tempat orang. Jangan terlalu mengikut kata hati dalam membuat keptusan dan jangan mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling atau rakan-rakan yang kita rasa boleh merosakkan diri kita pada masa hadapan. Perjalanan hidup anda, anda yang tentukan sendiri. Walaupun wak takda la bagus sangat orangnya, tapi tu je yang wak mampu berikan...Selamat Beristirehat...

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
7 ulasan:
Write comments
  1. perempuan yang terlampau berdikari,senang ke tak nk handle?

    BalasPadam
  2. gadis comel

    Klu pompuan nk berdikari kena ada batas2nye..x blh men redah je mcm lelaki..mengukin berdikari dari segi yg lain..

    BalasPadam
  3. wak, best la citer hidup wak dari belajar sampai la dah ada anak, moga bahagia wak...

    BalasPadam
  4. salam eMMe..

    Terima kasih bace entry wak..harap pe yg wak cerita boleh beri inspirasi kt org len supaya boleh hidup berdikari..

    BalasPadam
  5. ye la wak, betul tu, comei tol photo org utan tu,hahaha...

    BalasPadam
  6. Salam Wak..

    Sekadar singgah menyinggah.

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.